
Bengkel pelaporan data Nilam
Bengkel pelaporan data nilam pertengahan tahun 2018 PKG Rantau Panjang telah di adakan pada 1 Ogos 2018 di Bilik mesyuarat bilik Publisher, PKG Rantau Panjang bermula jam 9 pagi.
Tujuan utama bengkel ini di adakan sebagai sumber rekod data nilam sekolah ahli PKG Rantau Panjang
untuk melihat kemajuan dan perkembangan Nilam terkini di kalangan murid.
Penceramah bengkel ini adalah dari GPM SK Rantau Panjang , Pn. Khairiah binti Kasim yang berkongsi ilmu merekod data nilam ke dalam tapak excel yang tersedia.
Mesyuarat JK Kluster PSS bil 02/2018
Mesyuarat Kluster Tekno-Ict bil 2/2018
Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kuala Selangor 2018
Pemilihan Tokoh Nilam peringkat Daerah Kuala Selangor 2018 telah diadakan pada 10 Julai 2018 di SK Batu 9, Jalan Bomba, Tanjong Karang. Pemilihan lokasi pada tahun di sekolah tersebut adalah berdasarkan pencapaian memperolehi kejayaan dalam anugerah pembestarian sekolah negeri Selangor 2017 kategori pusat sumber cemerlang tempat ketiga.
Zon PKG Ranatau Panjang telah menghantar 3 wakil kategori BM sekolah rendah dari SK Bestari Jaya, SK Ranatau Panjang dan SJKT Bestari Jaya. Manakala 1 penyertaan untuk kategori Bahasa Inggeris sekolah rendah dari SJKT Bestari Jaya.
PERTUKARAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Mesyuarat JKPA bil 2/2018
Mesyuarat JK Permuafakatan Aktiviti ( JKPA ) bil 2/2018 PKG Rantau Panjang telah di adakan pada 19 April 2018 di Dewan Keramat, SK Tanjong Keramat. Mesyuarat ini di adakan selepas selesai nya Majlis Perasmian Mesyuarat JKPA PKG Daerah Kuala Selangor bil 1 dan pelancaran Program Lonjakan Saujana VLE daerah Kuala Selangor .
3 hari berhidmat bantu ICT VDI
PKG Rantau Panjang telah menggerakkan pasukan Juruteknik komputer PKG Daerah Kuala Selangor selama 3 hari bermula 26 – 29 mac 2018 di 5 buah sekolah ahli yang telibat.
Hari pertama (26 mac 2018) pasukan yang terdiri dari 4 orang Juruteteknik Komputer telah melalukan khidmat bantu di SJKT Ladang Kampong Baru. Skop kerja, memasang semula rangkaian dan perkakasan VDI Thien Client yang telah di rungkai sebelum ini. Dapatan khidmat bantu, server VDI telah berjaya di pulihkan namun kebanyakan komponen VDI seperti keyboard dan mouse telah rosak akibat di gigit tikus. Sambungan ke port internet OCPE masih belum dapat di lakukan kerana kekurangan perkakasan sesuai. Pihak PKG akan kembali semula kesekolah ini ini menyambungkan talian internet ke port VDI.
Hari kedua (27 Mac 2018), 2 buah sekolah terlibat terlibat iaitu SJKT Ladang Hopefull dan SJKT Ladang Nigel Gardner. Situsi di SJKT Ladang Hopefull, server VDI berjaya di pulihkan namun begitu akibat dari pendawaian elektrik yang bermasalah di dalam bilik ICT sebahagian sahaja komponen yang berjaya di pulihkan. Capaian internet VSAT juga amat lemah dan Frog Appliance juga gagal berfungsi .Berlainan pula situasinya di SJKT Ladang Nigel Gardner, Server berjaya di pulihkan dan semua komponen VDI berjaya di hidupkan. Namun begitu, akses penyambungan ke internet gagal di lakukan kerana tapak asal penyambungan adalah amat jauh setelah pemasangan pelan baru OCPE di sekolah terbabit.
Hari ketiga (28 Mac 2018) , hari terakhir ke SJKT Ladang Sungai Tinggi dan SJKT Ladang Mary. Perjalanan agak mencabar kerana jalan yamg kami tempuhi agak kurang baik. Situasi di SJKT Ladang Mary, server gagal di pulihkan kerana masalah troubleshoot yang memakan masa yang terlalu lama serta berkemungkinan hardware berada pada tahap kritikal untuk berfungsi. Internet VSAT juga tiada capaian kerana modem telah rosak. Pihgak PKG meminta sekolah untuk membuat laporan kerosakan modem. Pihak PKG akan datang sekali lagi untuk menyelesaikan masalah server VDI sekolah ini.
Sekolah terakhir pada hari ketiga ialah, SJKT Ladang Sungai Tinggi, Hasilnya, server berjaya di pulihkan namun agak malang apabila salah satu komponen iaitu splitter rosak maka rangkaian ke semua komponen gagal disambung. Sekolah ini juga bermasalah capaian internet VSAT kerana modem rosak sekali lagi selepas beberapa minggu di ganti baru. Pihak PKG mencadanglkjan sekolah untuk mengganti komponen splitter dan membuat aduan kerosakan modem.
Pihak PKG Rantau Panjangf merakamkan jutaan terima kasih kepada juruteknik Komputer daerah Kuala Selangor yang banyak membantu dalam menjayakan bengkel khidmat bantu ini.
Pelaksanaan KM!M 2018
KM1M merupakan satu aktiviti tahunan KPM bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
Program KM1M 2016 akan diadakan serentak di seluruh negara selama tiga hari iaitu pada 3 hingga 5 April 2018 dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia.yang mengsasarkan murid sekolah rendah dan juga menengah
Pelancaran peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 3 April 2017 di SMK Bandar Baru Putra , Ipoh , Perak Darul Ridzuan manakala pelancaran KM1M peringkat negeri Selangor akan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi ( SBPI) Sabak Bernam pada 6 April 2018,
Sehubungan itu, dipohon Guru Perpustakaan dan Media mengambil tindakan untuk melaksanakan pelancaran dan program tersebut di sekolah masing-masing.mulai 3 hingga 5 April 2018.
Pelaporan KM1M perlu dihantar secara hardcopy ke PKG Rantau Panjang sebelum 30 April 2017 untuk dihantar ke KPM.
Bersama ini disertakan pautan dan lampiran bergambar
1.Surat punca kuasa KPM Surat_laksana_KM1M.pdf
2 .Surat punca kuasa KM1M JPN Selangor
- Lampiran cadangan aktiviti
- Format Laporan KM1M sekolah ke PKG Rantau Panjang
Pelancaran program VLE Frog SJKT Ladang Kampong Baru
Sekolah ini telah di naik taraf capaian Internet dari VSAT ke OCPE pada bulan november 2017 dan peranti Frog Applikance telah di bawa keluar dari sekolah tersebut pada awal tahun 2018. Ini membolehkan warga sekolah menjalankan VLE frog dengan sepenuhnya tanpa sebarang kesulitan.
Ini telah di buktikan apabila pihak sekolah telah mencapai KPI VLE buat pertama kalinya pada minggu ke 11 dengan melebihi 300 peratus, Tahniah kepada guru admin VLE Cik Vanilla Mukan dan warga sekolah SJKT Ladang kampong Baru.
Bengkel VDI Thien Client daerah Kuala Selangor fasa 2
Bengkel VDI Thien Client daerah Kuala Selangor fasa 2 telah di adakan pada 6 hingga 9 Mac 2018 di PKG Bukit Badong. Bengkel ini adalah susulan dari bengkel fasa 1 yang lalu untuk menyiapkan semua server VDI yang masih belum berjaya si selesaikan.
Bengkel ini melibatkan 2 orang PPTM dan 2 orang JTK PKG daerah Kuala Selangor dan di selia oleh pegawai PKG Bukit Badong.
En. Munir pegawai BTPN Selangor unit uBEST turut hadir pada hari kedua untuk meninjau perjalanan bengkel tersebut
Selesai bengekl Fasa 2 ini, Fasa berikutnya kumpulan ini akan bergerak ke sekolah sekolah terlibat untuk memasang semula server VDI yang telah di baik pulih .
Lawatan Jalinan Kasih sekolah ahli PKGRP 2018
Rombongan yang di rancang dalam tempoh sebulan selepas di persetujui dalam mesyuarat JKPA PKG Ranatau Panjang bil 01/2018 yang lalu. Sasaran peserta adalah terdiri daripada ketua pentadbir sekolah, GPM dan GICT dari 11 buah sekolah ahli PKG Rantau Panjang yang keseluruhannya berjumlah 37 orang peseerta termasuk 3 orang pegawai PKG.
Sekolah Kebangsaan Sungai Melut(A), Sepang ini di pilih kerana bersesuaian dengan objektif lawatan yang lebih menumpukan kepada sekolah SKM bersesuaian dengan budaya dan persekitaran sekolah ahli PKG Rantau Panjang.Kenapa kami pilih sekolah ini , semestinya kerana kehebatan dan keunikannya. Tonton dan lihatlah sendiri di Youtube di bawah dan juga di portal sekolah tersebut https://sksungaimelut.weebly.com/
Ini tambahan input mengenai sekolah SK Sungai melut (A) . Liputan portal CILISOS mengenai sekolah ini dalam bahasa inggeris.
This Orang Asli school in Sepang has a hipster café for its students, among other cool things. https://cilisos.my/this-orang-
Uniknya peserta rombongan lawatan kami terdiri dari 3 kumpulan utama dalam sesebuah sekolah yang di gabungkan ke arah satu perkongsian yang terarah. Makanya semua arah dalam sekolah ini kami terjah.
Bertolak pergi dari SK Pasangan seawal 8.30 pagi dan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah telah terganggu oleh kesesakan lalu lintas yang tidak terduga. Selamat sampai lebih kurang jam 11.30 tengahari ke sekolah berkenaan. Kami di sambut oleh barisan murid dan guru-guru SK Sungai Melut(A).
Ringkasan cerita bersama tentatifnya adalah seperti di bawah
1. Sessi bergambar di dataran sekolah dan mendaftar sebagai pelawat melaui sistem qr Code yang di bina di hampir keseluruhan kawasan sekolah. Kami sangat bertuah kerana menjadi pelawat luar yang pertama yang menggunakan sistem QR code sekolah ini. memang Ohsem.
3. Melihat demontrasi murid menganyam dan kraftangan di Pundung Sangai
4. Pameran alatan sukan memanah yang merupakan kebitaraan sekolah. Nasib baik takda demontrasi kalau tidak admin nak mencuba juga memanah hati di taman cia..cia..cia..
4. Melawat Pusat Sumber Sekolah yang di kenali sebagai Kitai Muhai
5. Melawat makmal Komputer Sekolah yang merupakan killer product sekolah ini.Satu-satunya kat Malaysia Makmal komputer sekolah berkonsepkan Cafe Cyber ala hipster. Admin bagi 5/5 bintang memang unik dan memukau. rasa nak mengajar kat sekolah ni .
6. Majlis perkongsian sekolah amalan terbaik oleh Guru Besar.SK Sungai Melut(A) Puan Zaharah binti Salleh, Banyak input yang di beri, rugi kalau tak cedok dan salah satu perkongsiannya adalah mendapat sumbangan dari internet untuk projek sekolah dari https://www.100percentproject.org/ Anda boleh lihat sendiri bagaimana projek yang di pohon oleh GB dan berjaya mendapat sumbangan di sini https://www.100percentproject.org/en/booksforlibrary?ref=home_recommended
8. Perkongsian Ilmu dari PK 1 Mohd Fazli Abdul Manaf mengenai sistem QR code sekolah.
7. Ucapan Balas dari ketua rombongan Pengerusi JKPA PKG Rantau Panjang Guru besar SK Jalan Raja Musa NIzamuddin Hj Zakaria
8. Penyampaian cenderahati dari kedua belah pihak
9. Jamuan makan tengahari ala kampung memang marbelous sedap- MAAF GAMBAR TIDAK DAPAT DI SIARKAN KERANA SEMUA JURUGAMBAR SEDANG TEKUN MENJAMU SELERA.
Tepat jam 2.30 petang , rombongan kami bertolak pulang
Admin mencadangkan , Lawatlah sekolah ini sebab semua pakej ada disni dan berbaloi untuk dikongsikan bersama.
Akhir kata,Sekalung penghargaan dan terim kasih admin ucapkan kepada seluruh warga SK Sungai melut(A) , wakil PPD Sepang , Ketua dan PTP PKG Salak , ketua PKG Bukit Badong dan Pengetua guru Besar, GPM serta GICT sekolah ahli PKG Rantau Panjang yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
Minta maaf, Jika penulisan ini kurang berkualiti dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Bengkel VDI Thien Client daerah Kuala Selangor fasa 1
Bengkel VDI Thien Client daerah Kuala Selangor fasa 1 telah di adakan pada 26 hingga 28 feb 2018 di PKG Bukit Badong.
Bengkel ini melibatkan semua 2 orang PPTM dan 2 orang JTK PKG daerah Kuala Selangor dan di selia oleh pegawai PKG Bukit Badong.
Semua server VDI yg bermasalah dari sekolah terlibat telah di kumpulkan di PKG Bukit Badong sebelum hari berlangsungnya bengkel.
Selesai bengekl Fasa 1 ini, Fasa berikutnya kumpulan ini akan bergerak ke sekolah sekolah terlibat untuk memasang semula server VDI yang telah di baik pulih .
Bengkel Pembugaran Nilam 2018
Mesyuarat JK Kluster Tekno-ICT bil 01/2018
Memasang server VDI di SKJRM
Kerja pemasangan semula VDI thien Client di SK Jalan Raja Musa telah di jalankan pada 15 Feb 2018. Kerja ini di lakukan oleh JTK PKG Kuala Selangor Pn. Anizah dan PPTM PKG Rantau Panjang Pn. Noraini serta di selia oleh Pegawai PKG Bukit Badong En. Zul Sahri.
Hasilnya, VDI Thien Client di sekolah ini berjaya di pulihkan seperti sedia kala.
PKBB 2018 bahagian 1
Mesyuarat JKPA PKGRP bil 01/2018
Edaran bahan promosi 2018
Sukacita di maklumkan PKG Rantau Panjang telah menerima bahan – bahan promosi dari BTPN Selangor untuk di edarkan kepada sekolah ahli PKG Rantau Panjang untuk tahun 2018.
Sekolah ahli akan menerima 3 keping Poster galakan penggunaan VLE , 2 keping poster promosi Eduwebtv , 1 keping poster DCS dan 2 keping pamplet Program pembestarian sekolah Selangor.
Bahan akan di edarkan dalam mesyuarat utama PKG bersama sekolah ahli ( akan di maklumkan kelak tarikh berkenaan ) namun begitu jika ada pihak sekolah yang berkeperluan untuk mendapatkan bahan ini AWAL bolehlah berhubung dengan pegawai PKG anda atau datang sendiri ke PKG Rantau Panjang.
PKG juga mengalu-alukan jika ada sekolah yang berkeperluan untuk mendapatkan lebihan poster promosi dan galak guna edaran sebelumnya di PKG Ranatau Panjang selagi stok masih dalam simpanan.
Keputusan SSQS 2017 sekolah ahli PKG Rantau Panjang
Berikut adalah keputusan keseluruhan pencapaian SSQS 2017 sekolah ahli PKG Rantau Panjang dan bersama ini juga, kami turut disediakan sebahagian analisa mengikut pencapaian bintang dan peratusan kluster. Tiada sekolah yang mencapai penarafan 5 bintang pada tahun 2017.
Untuk kepiutusan penuh yang di jana untuk seluruh Malaysia anda boleh klik DISINI di mana keptusan mengikut setiap sekolah anda juga boleh di perolehi DISINI Pelantar data ini menggunakan perisian Microsoft power BI. Jika ada masalah boleh berhubung dengan pegawai PKG untuk mengakses data yang di perlukan,
Tahniah kepada semua sekolah ahli yang berjaya melaksana pengisian SSQS 3.0 pada tahun 2017 dengan jayanya. Semoga keputusan yang di capai dapat menjadi penada aras untuk penambaikan untuk tahun ini 2018 .
PROGRAM JARINGAN PENANDAARASAN AMALAN TERBAIK VLE
Program Jaringan Penandaarasan Amalan Terbaik VLE Sekolah ahli PKG Rantau Panjang telah diadakan pada 15 November 2017 di Makmal Komputer SK Rantau Panjang.

Penilaian dan Pemantauan PKG negeri Selangor 2017
PKG Rantau Panjang telah menerima kunjungan panel penilai daripada BTPN Selangor yang teriri dari En. Nor Ahmad bin Khamzah, KU UKP dan Tn. Hj. Halim bin Marzuki, KU UMIP pada 10 November 2017 jam 10 pagi. Turut mengiringi bersama panel penilai ialah PK KOKO SK Ijok, En. Azmi bin Ahamad Shah, mantan Ketua PKG Jeram .
Penilaian dan pemantauan ini adalah untuk Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (TEKNOPEN) 2017 yang akan di adakan pada tahun hadapan.
Secara keseluruhan mendapat respon yang baik dari panel penilai. Pihak PKG Ranatau Panjang mengucap ribuan terima kasih atas segala teguran dan cadangan yang membina yang boleh di guna pakai untuk kecemerlangan pengurusan PKG Rantau Panjang pada masa akan datang.
Mesyuarat JKPA PKG Rantau Panjang bil 03/2017
Mesyurat JK Permuafakatan Aktiviti PKG Rantau Panjang bil 03/2017 telah di adakan di Bilik Kristal, PKG Kuala Selangor pada 30 oktober 2017 jam 10 pagi. mesyuarat telah di pengerusikan oleh pengerusi JKPA PKG Rantau Panjang, En. Nizamuddin bin Hj. Zakaria, GB SK Jalan Raja Musa.
Mesyuarat diadakan setelah selesai sessi perjumpaan bersama PPD Kuala Selangor dan Pengetua Guru Besar daerah Kuala Selangor. di Dewan keramat, SK Jalan Tanjong Keramat.
Mesyuarat JK Kluster Tekno ICT PKGRP bil 2/2017
Mesyuarat ini telah di adakan pada 28 September 2017 di bilik Jati, PKG Bukit Badong bermula jam 2 petang dan di pengerusikan oleh ketua PKG Rantau panjang, En. Razali bin Said yang juga merupakan naib pengerusi JK Kluster tekno-ICT zon PKG Rantau Panjang.
Mesyuarat JK Kluster PSS PKGRP Bil 2/2017
Mesyuarat Jawatankuasa Kluster Pusat Sumber Sekolah PKG Rantau Panjang bil 2/2017 telah diadakan di bilik Jati,PKG Bukit Badong pada 27 September 2017 bermula jam 2.00 petang.
Bengkel Khidmat Bantu PSS SMKRP 2017
Bengkel penyediaan BBM menggunakan ICT dan Multimedia
Bengkel ini telah di adakan pada 15 Ogos 2017 di PKG Rantau Panjang. Bengkel ini adalah aktiviti SJKT Ladang Hopefull yang menggunakan perkhidmatan dan khidmat bantu PKG Rantau Panjang dalam memberi pendedahan kepada guru-guru .Penyediaan BBM menggunakan ICT dan Multemedia adalah untuk menjadikan PdP lebih berkesan dan menarik minat murid seiring dengan pembelajaran alaf 21.
Bengkel Pembugaran SSQS 2017
Bengkel Pembugaran SSQS ini telah di adakan pada 28 mjUlai 2017 di PKG Bukit Badong. Seramai 55 peserta yang terdiri dari Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru ICT sekolah ahli PKG Bukit Badong, PKG Jeram dan PKG Rantau Panjang. Peserta telah di bahagi kepada 2 kumpulan, Kumpulan 1 terdiri dari sekolah ahli PKG Bukit Badong manakala , kumpulan 2 terdiri dari sekolah ahli PKG Jeram dan PKG Rantau Panjang. En. Zul Sahri Othaman sebagai penceramah untuk kumpulan 1 manakala En. Azmi Ahamad Shah sebagai penceramah untuk kumpulan 2 . Pengisian Bengkel ini adalah untuk pembugaran SSQS 3.0 yang meliputi definasi dan instrumen penilaian yang meliputi 5 Kluster utama yang lebih menjurus kepada ICT. Peserta juga di dedahkan kepada manual pengoperasian SSQS 3,0 dan menyelesaikan trouble shoot yang berlaku. Peserta juga disedahkan kepada soalan-soalan offline dan juga langkah penjimatan kertas sebagai eviden yang perlu difailkan.[/caption]
PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH (SSQS 3.0 ) 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2017 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).
Bagi tujuan tersebut, sekolah-sekolah KPM akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah melalui pautan dibawah :
( PAUTAN INI UNTUK SEKOLAH NEGERI SELANOR SAHAJA )
Bengkel Nilam di tambah baik
Bengkel nilam di tambah baik telah di adakan di PKG Bukit badong pada 20 julai 2017 dan para peserta terdiri dari guru perpustakaan dan Media (GPM) sekolah ahli zon PKG Jeram dan PKG Bukit Badong.
2 orang penceramah adalah pegawai teknologi pendidkan dari PKG Kuala Selangor iaitu En. Rahim Razali dan En Sidek bin Mat Jusoh dari PKG Raantau Panjang.
Bengkel ini telah di bahagikan kepada 4 slot iaitu
Slot 1 – Pembugaran Nilam Di tambah baik
Slot 2 – bengkel Pengiraan permarkahan Nilam
Slot 3 – Pengenalan Nilam Apps
Slot 4 – SSQS GPM
Objektif utama bengkel ini adalah sebagai pengukuhan kepada GPM untuk memastikan pelaksanaan Nilam disekolah berjalan lancar disamping menyelesaikan permasalahan yang timbul di kalangan GPM sekolah ahli.
Bengkel Khidmat bantu ICT/SSQS penggal 1
Perancangan awal PKG untuk mengadakan Khidmat Bantu ICT (SSQS) mensasarkan 5 buah sekolah ahli yang menggunakan makmal komputer VDI Thien Client yang menghadapi masalah gagal berfungsi yang berpunca dari kerosakan software atau hardware. Selain dari itu, 4 dari sekolah tersebut menggunakan teknologi VSAT yang sering menghadapi masalah capaian internet yang lemah di samping dalam mengendalikan Frog Appliance .Beberapa aspek teknikal telah dikenalpasti oleh PKG yang boleh diselesaikan antaranya pengubahsuaian networking internet ke perkakasan. Di samping membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kulaiti elemen-elemen SSQS yang dinilai sebelum ini.
Pihak PKG hanya dapat melaksana di 3 buah sekolah sahaja iaitu di SJKT Ladang Mary pada 18 April 2017, SJKT Ladang Kampong Baru pada 19 April 2017 dan di SJKT Ladang Nigel Gardner pada 3 Mei 2017.
- OBJEKTIF
1.1 Menggunakan Khidmat kepakaran dan nasihat Pegawai Teknologi Pendidikan dan PPTM PKG Rantau Panjang dalam menyelesaikan isu-isu teknikal dan pengurusan
1.2 Mendedahkan pegawai dan staf kepada nilai kerja berpasukan disamping mengukuhkan persefahaman serta pengetahuan
1.3 Membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kualiti penacapain elemen SSQS yang berkaitan.
- PERJALANAN AKTIVITI
2.1 Skop kerja :
2.1.1 Membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah dibawah penyeliaan Pengetua/ Guru Besar/ / Guru ICT
2.1.2 Menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/ BTP/JPN/PPD/PKG serta menyelesaikan masalah teknikal
2.2 Proses kerja
2.2.1 Membaik pulih networking WIFI dan pengubahsuaian LAN VDI Thien Client.
2.2.2 Membuat konfigurasi Frog Appliance .
3.2.2 Menaik taraf MS office Netbook 1 Malaysia (NB1M)
- KEKUATAN
4.1 Berjaya mengubahsuai sistem LAN VDI
4.2 NB1M boleh mengekses Internet melalui kabel LAN VDI
4.3 MS office NB1M telah diaktifkan secara atas talian
4.3 Dapat mengenalpasti permasalahan VDI, dan konfigurasi Frog Apliance (FA)
- KELEMAHAN
5.1 Masalah FA apabila mendapati Laman Frog VLE gagal di akses melaui laman myschool.
tetapi boleh jika secara online
5.2 Capaian Internet secara WIFI gagal kerana router tiada kabel kuasa.di SJKT Ladang Mary dan SJKT Ladang Nigel Gardner
5.3 Guru ICT tiada panduan manual menggunakan FA dan di dapati pendrive FA tiada di peranti tersebut di SJKT Ladang Mary dan SJKT Ladang Nigel Gardner
Pemilihan tokoh Nilam Daerah kuala Selangor 2017
Bengkel Video & foto editing
Bengkel Video & Foto Editing telah diadakan di PKG Bukit Badong pada 12 Julai 2017 . Peserta bengkel terdiri dari 35 orang Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT yang menggabungkan Zon PKG Bukit Badong, PKG Rantau Panjang dan PKG Jeram.
Penceramah di jemputan adalah Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Kuala Selangor iaitu
Encik Azlan Bin Mat ( Ketua Pusat Kegiatan Guru Daerah Kuala Selangor )
Perjalanan aktiviti :
Taklimat ringkas diadakan sebelum para peserta mula install beberapa aplikasi seperti Video Scrap, Pro Show dan Coral Video Studio ke dalam komputer riba mereka. Bengkel yang mempunyai tiga slot ini, dimulakan dengan pengenalan tentang aplikasi yang telah diinstall sebelum diteruskan ke slot yang kedua dimana para peserta diminta membina bahan video dalam aplikasi Video Scrap dan Pro Show. Bagi slot ketiga pula, para peserta diminta untuk memasukkan bahan untuk disunting di dalam aplikasi Coral Video Studio sebelum pengisian SPL KPM Online dijalankan.
Objektif aktiviti tercapai / tidak tercapai :
Secara keseluruhannya, para peserta dapat menghasilkan satu bahan dengan menggunakan aplikasi suntingan yang telah ditunjukkan oleh penceramah. Minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta dapat menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam diri guru-guru. Disamping itu, kemahiran menyunting foto dan video berjaya diperoleh para peserta bengkel ini.
Impak daripada aktiviti :
Berdasarkan bahan yang telah dihasilkan oleh para peserta, kemahiran asas penyuntingan foto dan video telah dapat diterima oleh mereka. Namun kefahaman akan lebih diperoleh apabila kemahiran tersebut kerap digunapakai di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.
Lain-lain yang berkaitan :
Penyebaran tentang kemahiran penyuntingan foto dan video kepada tenaga pengajar amat diharapkan agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diselaraskan dengan pembelajaran abad ke-21.
Mesyuarat JKPA PKGRP Bil 02/2017
Mesyuarat JKPA PKGRP Bil 02/2017 telah di adakan pada 19 mei 2017. SK jalan Raja Musa telah menjadi tuan rumah untuk mesyuarat pada kali ini.
Antara Intipati agenda adalah pelaporan aktiviti PKG sukuan pertama, dapatan pematauan PKG ke sekolah dan tindak susul yang akan di lakukan. Makluman perkara semasa dan mendatang yang akan di jalankan oleh PKG yang memerlukan penglibatan sekolah.
Perancangan semula aktiviti lawatan JKPA untuk tahun 2017 juga turut di perbincangkan.
Mesyuarat ini adalah penting kepada pentadbir sekolah supaya segala aktiviti PKG dan isu semasa inisiatif ICT yang merangkumi pembestarian sekolah dalam makluman mereka.
Mesyuarat akan datang akan di bil 3 telah di purtuskan untuk di adakan di SJKT Bestari Jaya yang di jangkakan pada minggu akhir bulan Ogos.
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2017 (Maklumat tambahan)
Tahukah anda bahawa tarikh 23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyright Day)?
Bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini, pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Negeri bekerjasama menganjurkan aktiviti “Jom baca bersama untuk sepuluh minit” pada hari Selasa, 25 April 2017.
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Jom Baca Bersama untuk 10 Minit berjalan serentak di 14 negeri dengan menyasarkan lebih daripada 2.6 juta penyertaan daripada pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari.
Konsep program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana semua peserta tanpa mengira apa jua aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.
Tujuannya untuk mendorong rakyat membaca, bermula dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.
Moga pelaksanaan program ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan perpustakaan awam negeri-negeri seluruh Malaysia relevan dalam masyarakat dan memartabatkan pustakawan sebagai warga pendidik selepas sekolah.
Siapa boleh sertai?
Semua warga KPM dan sesiapa sahaja yang cintakan buku.
Bila?
Pukul 11.00 hingga 11.10 pagi (selama 10 minit) pada 25 April 2017 (Selasa)
Bagaimana untuk sertai?
1. Sediakan atau bawa sejudul buku bersama-sama anda;
2. Baca buku yang dibawa tepat pada 11.00 pagi (walaupun sedang dalam mesyuarat) selama 10 minit; dan
3. Rakam foto aktiviti membaca ini dan hantar satu foto terbaik ke [email protected] sebelum pukul 5.00 petang pada hari yang sama. Labelkan foto tersebut dengan nama bahagian atau jabatan anda.
# Foto anda akan dimuat naik ke laman facebook Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan foto yang menerima paling banyak ‘like’ pada pukul 3.00 petang 27 April akan menerima hadiah misteri
Panduan gabung email 1GovUC kedalam Gmail
PKG Rantau Panjang akan berkongsi panduan ringkas memasukkan email 1 GovUC ke telefon pintar menggunakan aplikasi Gmail. Kami memberi kredit kepada En. Hanif pegawai kanan uBEST BTPNSELANGOR yang berkongsi ilmu ini. Pihak kami telah memurnikan ke bentuk PDF.
Untuk muat turun sila klik pada gambar di atas.
PELAKSANAAN DCS( DIGITAL COMPETENCY STANDARDS) MURID TAHUN 2017
2. BBA 3010 – SK RANTAU PANJANG
3. BBA 3032 – SK BESTARI JAYA
4. BBA 3009 – SK PASANGAN
- URL : http://best.moe.edu.my ( Portal ini hanya boleh diakses melalui pelayar web Google Chrome)
- ID : SILA RUJUK EMAIL / WHATAPPS GRUP
- Password : SILA RUJUK EMAIL / WHATAPPS GRUP
- Sekolah Rendah : 2 kelas darjah 6 (minima 20 murid setiap kelas)
- Sekolah Menengah : 2 kelas Tingkatan 3 dan 2 kelas Tingkatan 5 (minima 20 orang pelajar)
- Sekolah Khas EPRD : sama dengan diatas kecuali minima pelajar adalah 30 orang setiap kelas daripada kelas pertengahan dan hadapan (rujuk senarai di website kami)
Pelaksanaan KM1M 2017
Dimaklumkan bahawa berdasarkan surat arahan Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia ( KM1M ) 2017 ( rujukan : KP(BTP-PSP)8810/3/3/Jld.3(23) ) bertarikh 3 Mac 2017 , KM1M merupakan satu aktiviti tahunan KPM bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
- Program KM1M 2016 akan diadakanserentak di seluruh negara selama tiga hari iaitu pada 4 hingga 6 April 2017 dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia.yang mengsasarkan murid sekolah rendah dan juga menengah
- Pelancaran peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 4 April 2017 di Auditorium BTP, Bukit Kiara. Kuala Lumpur jam 8.00 pagi manakala pelancaranKM1M peringkat negeri Selangor akan di SMK Setia Alam,
- Majlis Pelancaran peringkat sekolah juga akan diadakanserentak di seluruh negara.pada 4 April 2017.
- Sehubungan itu, dipohon Guru Perpustakaan dan Media mengambil tindakan untuk melaksanakan pelancaran dan program tersebut di sekolah masing-masing.mulai 4 hingga 6 April 2017.
- Pelaporan KM1M perlu dihantar secara hardcopyke PKG Rantau Panjang sebelum 14 April 2017 untuk dihantar ke KPM.
- Bersama ini disertakan ( Sila klik link untuk Muat turun )
iii. lampiran 2 contoh pelaporan
- Sehubungan dengan itu, kerjasama dari tuan/puan adalah amat dihargai dalam melaksanakan perkara diatas..Sebarang pertanyaan sila berhubung terus ke talian 03-32710857 pada waktu pejabat atau di talain peribad 013-2395557 (u/p) En. Razali bin Said
Sekian, untuk makluman dan tindakan.
Bengkel Penggunaan Telefon Pintar Altitude
Bengkel Penggunaan Telefon Pintar Altitude dalam pengurusan VLE untuk pengajaran dan pembelajaran, PKG Bukit Badong, PKG Rantau Panjang dan PKG Jeram telah di adakan di Bilik Akasia, PKG Bukit Badong, pada hari khamis 16 Mac 2017, bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
Perkongsian Bahan Bengkel Modul Frog VLE
Taklimat penyelarasan VLE Frog Daerah Kuala Selangor
Taklimat telah di adakan pada 7 Mac 2017, pada pulul 2.30 petang bertempat di Anjung Keramat, PPD Kuala Selangor. Taklimat ini telah di anjurkan oleh PPD kuala Selangor di bawah seliaan pegawai PPD En. Mokhidin. Turut serta adalah ketua-ketua PKG Daerah Kuala Selangor. Para peserta taklimat adalah admin VLE sekolah-sekolah daerah Kuala Selangor.
Tentatif Taklimat
1. Ucapan Pegawai PPD
2. Pembentangan pencapaian KPI sekolah-sekolah daerah Kuala Selangor, oleh Ketua Daerah PKG Kuala Selangor, Azlan Bin Mat
3. Penerangan Ringkas Hub Advokasi VLE sekolah terpilih di setipa zon PKG oleh Ketua PKG Jeram, Azmi Bin Ahamad Shah
4. Taklimat Modul dalam Hub Advokasi, Modul Chef, Modul Gulai, Modul Nasi Lemak oleh Ketua PKG Tanjung karang merangkap exco Ubest BTPN Selangor, Muhammad Firdaus Bin Samsuddin.
5.Perancangan dan strategi meningkatkan KPI
6. Melantik Kumpulan Task Force peringkat daerah sebagai JU VLE
Mesyuarat JK Kluster Tekno ICT PKGRP,PKGBB & PKGJ
Mesyuarat JK Kluster PSS PKGRP bil 01/2017
Mesyuarat telah di adakan di Bilik Kristal, PKG Kuala Selangor pada 2 Mac 2017 bermula jam 10.45 pagi.Mensyuarat di pengerusikan oleh En. Johan GPK Koko SK Rantau Panjang yang mewakili pihak GB sekolah beliau.
Agenda
Jerayawara Daerah Kuala Selangor 2017
Jerayawara Daerah Kuala Selangor telah di adakan di Dewan Keramat, SK Tanjung Keramat, Kuala Selangor pada 2 Mac 2017. Program tersebut bermula jam 8.30 pagi yang di sasarkan kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Daerah Kuala Selangor. Jerayawara pada tahun ini adalah untuk memberi taklimat tentang nilam yang di tambah baik kepada GPM.
Mesyuarat JKPA PKG Daerah Kuala Selangor Bil 01/2017
Penilaian PKG Cemerlang
PKG Rantau Panjang telah menerima kunjungan pegawai Penilaian PKG Cemerlang Negeri Selangor 2017 pada 18.01.2017 pada 9.30 pagi.
Pegawai penilai terdiri daripada Tn. Haji Abd Halim Marzuki (KU UMIP) selaku ketua penilai, En. Nahar Bin Abdul Halim ( KU UPS ) dan Pn. Norasiah Binti Mokhti (KU UPSP).
Terima Kasih atas segala cadangan dan teguran yang membina daripada pegawai – pegawai penilai.
Semoga PKG Rantau Panjang beroleh kejayaan pada tahun ini.

RAZALI SAID
KETUA PKG

SIDEK MAT JUSOH
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

NORAINI MOHAMAD
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29



SEKOLAH AHLI KAMI
SEKOLAH MENENGAH
SEKOLAH RENDAH
PKG Pelabuhan Klang
PKG Kapar
PKG Jalan Meru
PKG Sijangkang
PKG Batu Laut
PKG Kanchong Darat
PKG Batu Laut
PKG Rantau Panjang
MERAKAM SALIN
Pelanggan perlu mengisi borang permohonan dan membawa CD sendiri
mengikut keperluan.
PINJAMAN BAHAN DAN PENGGUNAAN ALATAN
2.1 Pinjaman dan penggunaan sistem siaraya.
2.2 Pinjaman dan penggunaan kamera foto digital
2.3 Pinjaman dan rujukan bahan buku/majalah
2.4 Penggunaan komputer untuk carian maklumat online
2.5 Penggunaan komputer untuk penghasilan bahan P&P.
Pelanggan perlu mengisi borang tempahan pinjaman atau penggunaan seminggu lebih awal untuk mengelakkan pertindihan pinjaman.
PENGGUNAAN RUANG PKG
3.1 Penggunaan Bilik Seminar untuk mesyuarat,
3.2 Penggunaan Bilik Seminar untuk bengkel
3.3 Penggunaan Bilik Seminar untuk kursus
3.4 Penggunaan Bilik Perpustakaan untuk rujukan/akses maklumat
Tempahan boleh dilakukan awal dengan mengisi borang tempahan penggunaan ruang bagi mengelakkan pertindihan aktiviti para pelanggan.
KHIDMAT BANTU PSS
Perkhidmatan disediakan kepada sekolah-sekolah yang benar-benar memerlukan perkhidmatan melalui prosedur-prosedur tertentu.
KHIDMAT BANTU ICT
Perkhidmatan disediakan pada aspek:
5.1 Penggunaan Schoolnet
5.2 Pengurusan LAN
5.3 Penyenggaraan Sistem Pengoperasian
5.4 Penggunaan bahan-bahan dan perkakasan ICT.
5.5 Khidmat nasihat dan bimbingan penggunaan peralatan ICT
SMK USJ 8
